Sejak itu ramai anak-anak Sg. Meruton menerima pendidikan formal daripada sekolah ini. Akan tetapi pada awal tahun 1990an, ramai penduduk Sg. Meruton telah pindah ke Bandar atau tempat lain.Maka bilangan pelajar semakin kurang sehingga tinggal 5 orang pada penghujung 1994. Ini bermaksud sekolah ini akan dipaksa tutup.