1. Semua murid mesti datang ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
2. Jika sakit atau ada hal yang mesti melibatkan murid dan murid itu terpaksa tidak hadir di sekolah, ibu bapanya perlu menulis surat kepada guru kelas untuk mendapatkan kebenaran untuk ketidakhadiran murid itu di sekolah
3. Murid-murid mesti berada di dalam kelas 5 minit sebelum waktu kelas bermula.
4. Murid-murid wajib hadir bagi semua aktiviti sekolah yang mereka terlibat.
5. Ponteng sekolah adalah satu kesalahan yang diambil berat oleh sekolah ini dan murid yang terlibat dengan masalah itu akan diberi nasihat atau hukuman yang sewajarnya oleh Guru Besar.
B. PAKAIAN
1. Murid-murid perlu memakai pakaian seragam sekolah yang bersih dan kemas semasa menghadiri kelas di sekolah.
2. Murid-murid perlu memakai pakaian yang sesuai semasa mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti sekolah.
3. Murid-murid mesti memakai tag nama, kasut dan stokin putih ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
4. Murid-murid mesti memakai pakaian yang kemas dan bersih semasa memasuki dewan makan sekolah.
C, RAMBUT
1. Rambut murid lelaki mesti pendek dan tidak menutup telinga mereka.
2. Rambut murid perempuan mesti kemas dan mesti diikat jika menutup bahu mereka.
D. KELAKUAN
1. Murid-murid mesti berkelakuan yang baik, menghormati guru-guru, pembantu am rendah sekolah,rakan-rakan sekolah dan orang-orang lain.
2. Murid-murid dilarang menggangu rakan-rakan mereka yang sedang belajar di dalam kelas.
3. Apabila berada di dalam kelas,murid-murid dilarang membuat bising.
4. Murid-murid yang gemar membuat bising dan menggangu rakan-rakan lain yang belajar di dalam kelas pada waktu lepas sekolah, dilarang memasuki kelas.
6. Murid-murid perlu membantu guru-guru dan pembantu am rendah jika bantuan mereka diperlukan.
7. Murid-murid yang besar dilarang menggangu murid-murld yang kecil.
8. Murid-murid dilarang bergaduh di sekolah.
9. Murid-murid perlu berbahasa yang sopan dengan orang-orang lain.
10. Murid-murid perlu menjaga lingkah laku sendiri supaya tidak mencomotkan nama baik sekolah.
11. Murid-murid mesti mematuhi semua peraturan sekolah yang tertulis dan yang tidak tertulis.
12. Murid-murid dilarang membazirkan kuasa elektrik dan bekalan air paip.
13. Murid-murid mesti beratur semasa membeli di kantin sekolah.
E. CARA-CARA BELAJAR
1. Murid-murid mesti belajar dengan sedaya upaya dan dengan bersemangatnya untuk mencapai keputusan yang baik bagi diri mereka.
2. Murid-murid mesti ingat akan tujuan mereka berada di sekolah dan perlu belajar supaya menjadi orang-orang yang berilmu pengetahuan, berahlak mulia, berguna dan yang dapat mencapai kesejahteran hidup untuk keluarga dan diri mereka.
3. Murid-murid mesti siapkan kerja rumah mereka pada setiap hari.
4. Murid-murid perlu mempunyai cukup alatulis dan alat-alat bantuan belajar seperti kamus-kamus supaya dapat belajar dengan berkesannya.
F. TUGAS HARIAN
1. Murid-murid perlu membuat kerja mengikut pengagihan tugas harian sekolah pada waktu awal pagi dan selepas waktu sekolah pada tengah hari.
2. Murid-murid mesti bekerja untuk mencantikkan kawasan sekolah dengan menanam pokok bunga dan pokok perhiasan.
2. Murid-murid mesti membuang air kecil atau air besar di dalam tandas-tandas sekolah.
3. Murid-murid dilarang berludah di merata-rata tempat. Jika perlu murid-murid dibenarkan berludah ke dalam longkang sekolah.
4. Murid-murid perlu sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan mereka.
5. Murid-murid mesti membuang sampah ke dalam tong sampah.
6. Murid-murid mesti sentiasa mengambil berat dan tindakan yang positif seperti yang diajarkan oleh Guru Besar untuk menghapuskan kutu di kepala mereka.
7. Murid-murid perlu sentiasa menjaga kebersihan pakaian mereka.
H. KESIHATAN & KESELAMATAN
1. Murid-murid dilarang menonton TV dari jarak yang terlalu dekat.
2. Murid-murid dilarang bermain di luar apabila hari hujan.
3. Murid-murid perlu menjaga keselamatan diri semasa bekerja di sekolah. Jika bekerja dengan alat-alat yang tajam perlu ada guru-guru yang mengawas mereka.
I. PERMAINAN
1. Murid-murid mesti bermain permainan di tempat khas untuk permainan-permainan itu.
2. Murid-murid dibenarkan bermain permainan-permainan mengikut jadual-jadual waktu yang disediakan oleh guru-guru sekolah.
J. WAKTU PULANG
1. Murid-murid mesti beratur sebelum keluar kelas. Murid-murid dilarang berlari, tolak menolak semasa waktu pulang.
2. Murid-murid mesti beratur semasa menaiki bas sekolah. Murid-murid dilarang naik dan turun bas sekolah sebelum ia berhenti.