SJK WAH MAN
JADUAL GURU BERTUGAS HARIAN TAHUN 2011
Hari
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Nama Guru
Lau Ung Ing
Teng Kim Ung
Chan Ngiuk Hoo (Pagi)
Sia Sui Hong
Leu Ha Ing
SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN
1. Guru yang bertugas harian mesti menjalankan tugas dengan serius.
2. Guru yang dipertanggungjawabkan mesti menjaga keselamatan dan mengawal displin murid:
2.1 sebelum waktu sekolah (0645-0715)
2.2 semasa waktu rehat sekolah (1000-1020)
2.3 selepas waktu sekolah (1320-1340 atau 1220-1240 hari Jumaat)
3. Guru yang dipertanggungjawabkan mesti memastikan:
3.1 Tiada murid berlari atau berkejar-kejaran di kawasan sekolah atau di dalam bilik darjah pada masa tersebut.
3.2 Tiada murid bermain dan berebut-rebut di anak tangga sekolah atau di Platform di belakang bilik darjah Tahun 6 ( kerana ketinggian platform adalah sama dengan pagar sekolah)
3.3 Murid-murid beratur semasa membeli makanan atau mengambil bekas makanan di dapur.
3.4 Murid-murid tidak berkejar-kejaran semasa menunggu bas sekolah atau ibu bapa di tempat letak kereta.
4. Memastikan murid-murid bertugas harian membersihkan kawasan sekolah dengan bersih dan serius mengikut jadual bertugas harian yang telah diaturkan.
5. Membantu guru-guru darjah memastikan murid bertugas harian bilik darjah menjalankan tugas mereka dengan sempurna. ( Rujuk per. 4.5, minit mesyuarat hal ehwal kali ke-2, 2007)
6. Memastikan tong-tong sampah yang penuh dengan sampah-sarap diletakkan di atas rak tong sampah yang ada di sebelah pintu sekolah untuk mengelakkan dari diselongkarkan oleh anjing.
7. Mengambil tindakan kepada murid yang melanggar peraturan dengan:
a. tindakan diri
b. tindakan PK Hem/Guru besar.
8. Membuat rekod atau laporan pada padan dan buku rekod kehadiran harian murid.
9. Memeriksa buku catatan pengawas dan mengambil tindakan (sekiranya ada).